Tuesday, October 25, 2011

CALON PARLIMEN BAHAGIAN JERANTUT EPISOD 2



Inilah calon Parlimen Jerantut yg ke2. Saudara Mustapha Maarof (Yusof). Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Bahagian Jerantut yang juga Ajk di lantik di dalam Bahagian Jerantut. Tengku telah melantik beliau sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut. Di katakan hari ini 26hb Oktober 2011 ada perjumpaan Media Social yang di ketuai oleh beliau sendiri di Rest House Jerantut. Beliau juga dikata pernah menyandang jawatan Presiden Mayc Malaysia tetapi atas tindakan undang undang kerajaan Malaysia jawatan tersebut telah di beri kepada yang berhak maka gugur lah dia dengan jawatan Presiden tersebut.

Beliau juga mampu untuk menjaga Jerantut kerana mempunyai pengalaman yang luas di peringkat Nasional. 123 lekuk berharap rakyat Jerantut memilih beliau sebagai ahli parlimen Jerantut pada pru 13 nanti. Dikatakan juga beliau boleh mengawal semua blogger blogger di Jerantut dan semua di bawah kawalan beliau.123 lekuk berharap juga saudara Mustapha mempunyai juga blog untuk membina dan membela UMNO di Bahagian Jerantut ini. 123 lekuk akan hadir pada majlis tersebut.

Beliau juga dapat mengawal pemuda pemudi di Bahagian Jerantut. 123 lekuk mendapat berita yang semua pemuda Umno Bahagian Jerantut di bawah kawalan beliau. Ini menunjuk beliau calon yang kuat untuk Jerantut. Semangat muda perlukan orang seperti beliau pada masa ini. Itulah serba ringkas mengenai Saudara Mustapha Maarof calon Parlimen akan datang.

VOTE!!!!!   VOTE!!!!  VOTE!!!!

Sekian, Wasalam.

Thursday, October 13, 2011

CALON PARLIMEN BAHAGIAN JERANTUT. PERUBAHAN WAJIB DI UBAH DI JERANTUT.



123 LEKUK akan mempamerkan bakal calon calon ahli Parlimen untuk bahagian Jerantut untuk PRU akan datang.

Dato Haji Ahmad Bin Haji Daud. Beliau merupakan Pegawai Daerah Bera pada masa ini. Beliau juga bekas Setiausaha Sulit kepada Tun Khalid Yaakob (Mantan Menteri Besar Pahang) pada masa dahulu. Anak tempatan Jerantut yang sebenar. Politiknya sangat tinggi cuma tiada jawatan didalam Umno bahagian Jerantut. Ramai pengikut pengikut dikalangan orang orang yang terpelajar seperti En Kamarul Zaman Baria, Dato Hj Rusdi Sulong, Khalid Moin, Dato Sharif Shamsudin dan yang lain lain lagi. Didikan dari Universiti Malaya. 123 lekuk merasakan beliau adalah calon yang sesuai tetapi 123 lekuk tidak memaksa sesiapa untuk mahukan Beliau. Selepas ini 123 lekuk akan meyusur calon calon yang lain pula untuk pengundi pengundi Jerantut selidiki untuk masa depan Daerah Jerantut yang tercinta ini.

Harap harap mendapat pemimpin yang berjiwa rakyat bukan berjiwa kroni semata mata dan bukan mahu penuh kan kocek sendiri. Sekian di maklumkan

WAL PULUS FIL DUNIA, WAL MAMPUS BIL AKHIRAH.....INGAT bukan itu sifat PEMIMPIN

Bersambung episod akan datang...tunggu!!!!

Tuesday, October 11, 2011

CALON YANG SANGAT SESUAI SEBAGAI SUB JERANTUT.


Ini lah calon yang sangat sesuai sebagai Setiausaha Bahagian Jerantut. Tahniah Mohd Zukarmi bin Abu Bakar. Saya  dan UMNO mahukan dia di Jerantut. Tahniah juga kepada Tan Sri Tengku pilihan yang sangat bijak.
HIDUP UMNO JERANTUT... BRAVOOOO.