Saturday, November 6, 2010

PANAS BERAPI ORANG PULAU TAWAR MESTI BACA INI DARI WZWH

Sejarah Projek Gajah Putih Jerantut





Projek gajah putih merupakan projek yang menelan belanja kos yang besar tetapi membazir sebab rakyat tidak boleh guna kerana tidak siap sepenuhnya terbengkalai. WZWH dalam posting ini mahu cerita sejarah projek gajah putih Jerantut. Manakala projek hidroelektrik dan projek loji tenaga nuklear yang akan dibina di Lembah Tembeling tidak dipanggil projek-projek gajah putih walaupun sifatnya super mega tapi amat perlu untuk keperluan tenaga negara.



Projek ini berlaku pada tahun 1924 di Jerantut. Ini ialah projek pembinaan rancangan pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar. Cerita ini dipetik dari memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat- "Tinggal Kenangan", MB Pahang yang pertama.
 Pada tahun 1924, Dato' Sir Mahmud bin Mat bertugas sebagai ADO Kuala Lipis. Untuk menikmati suasana Jerantut terutamanya keadaan mukim Pulau Tawar zaman dulu maka elok WZWH extract dari memoir tersebut....



Tugas penting saya sebagai Penolong Pegawai Daerah adalah untuk membuat lawatan ke mukim-mukim menemui penduduk atas urusan rasmi seperti memungut hasil tanah, mengeluarkan surat hak milik, menguruskan pemindahan hak milik tanah dan menguruskan agihan kebun kecil orang yang sudah meninggal kepada pewaris.



Sebuah perahu ketiap yang besar disediakan untuk Pegawai Daerah untuk perjalanannya di Sungai Jelai dan Sungai Pahang. Perahu itu dikendalikan oleh empat orang awak yang tetap termasuklah jurumudi. Awak yang empat orang ini sudah cukup untuk mengendalikan perahu semasa perahu belayar ke hilir sungai. Untuk menongkahnya ke hulu beberapa orang awak tambahan diperlukan. Lima orang lagi perlu diambil. Pada masa itu kami tidak mempunyai kemudahan motorbot untuk menarik perahu ke hulu hilir sungai.



Sememangnya pengalaman tinggal dan mengembara menaiki perahu ketiap di Sungai Pahang sangat menyeronokkan. Perahu ketiap itu sendiri sangat selesa keadaannya. Ia lengkap dengan tempat tidur, lembek, bantal dan kemudahan lain untuk keselesaan kami.


Sungguh nyaman rasanya kami duduk di atas kabin pada waktu petang dihembusi angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kami selalu dapat memilih tempat-tempat untuk berlabuh dan bermalam. Dengan itu dapatlah kami menikmati beberapa sukan seperti menembak burung atau memancing di sungai.



Mukim Pulau Tawar sangat sesuai untuk menembak burung. Di mukim ini terdapat kawasan tanah rata yang sangat luas iaitu Padang Kangsa yang terkenal itu. Pada masa dahulu kawasan tersebut dibajak untuk penanaman padi huma setiap tahun. Kini sudah bertahun-tahun lamanya tanah itu tinggal terbiar sahaja kerana lalang yang menebal di situ. Oleh itu tanah tersebut digunakan untuk kerbau dan lembu meragut rumput. Pada musim hujan burung tetiruk dan burung kedidi akan dikerumun di tempat itu.



Satu rancangan pengairan dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan kawasan ini sesuai untuk penanaman padi. Pembinaannya hampir siap tapi malangnya projek yang menelan belanja hampir $130,000 tidak pernah dimanfaatkan.



Saya mendapat tahu bahawa Jabatan Kerja Raya telah menyiapkan pembinaan rancangan pengairan untuk kawasan Padang Kangsa di mukim Pulau Tawar dan mereka sedang membuat percubaan untuk menguji pengaliran air di terusan utama yang dibina selari dengan tebing Sungai Pahang.



Dua hari kemudian saya menghiliri sungai ke mukim Burau untuk melaksanakan urusan tanah. Saya menaiki kereta api ke Jerantut dan dari situ menghiliri Sungai Pahang dengan motorbot. Di Pulau Tawar kami lalu hampir dengan tebing sungai. Di situ saya terdengar bunyi air mencurah dari beberapa saluran di tebing sungai ke dalam Sungai Pahang.



Saya memerhatikan tebing sungai di beberapa tempat roboh. Beberapa pokok dan rumpun buluh yang tumbuh di tebing tersebut turut rebah. Terusan digali terlalu dekat dengan tebing sungai dan tanahnya poros di kebanyakan tempat. Air yang mengalir dalam terusan meresap kedalam lubang-lubang bawah tanah lalu mengalir ke Sungai Pahang. Setibanya air yang mengalir tadi ke hujung terusan, airnya tinggal sedikit untuk dialirkan ke sawah padi. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila lubang-lubang bawah tanah semakin membesar dengan air yang tidak henti-henti air mengalir. Terpaksalah rancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.



Setelah saya kembali semula ke Kuala Lipis saya bertanya kepada jurutera Jabatan Kerja Raya akan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah serius rancangan perairan di Pulau Tawar. Katanya bahagian bawah dan tepi terusan boleh ditampal dengan konkrit tetapi itu akan menelan belanja yang banyak dan pihak kerajaan tidak bersedia untuk membelanjakan wang yang sebegitu banyak. Maka perkara itu terbiar begitu sahaja.



Selepas banjir besar tahun 1926 skim pengairan Pulau Tawar yang baharu siap musnah sama sekali. Tanah luas yang sepatutnya diairi bertukar menjadi padang lumpur. Tumbuhan-tumbuhan hijau sudah tiada lagi. Lembu dan kerbau yang lari ke bukit untuk menyelamatkan diri daripada banjir enggan turun ke padang dan banyak yang mati kehausan dan kebuluran.



Demikian malang nasib mukim Pulau Tawar yang WZWH paparkan pada posting ini walaupun kerajaan telah membelanjakan lebih $130,000 duit dolar British pada tahun 1924 (nilai sekarang antara RM50 ke RM70 juta) namun projek pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar telah gagal dan menjadi projek gajah putih pertama Jerantut.



Sememang hingga sekarang tiada pembangunan yang boleh nampak besar di Mukim Pulau Tawar. Kampung-kampung tradisionalnya nampak lesu tidak bermaya tiada pembangunan yang sepatutnya. Tokoh-tokoh pemimpinnya termasuk ahli-ahli politiknya tiada yang berjaya menjadi wakil rakyat seperti ADUN dan ahli parlimen yang mewakili UMNO. Ahli-ahli politik dari parti PAS pun tidak pernah menang pilihanraya kecuali aruah Cikgu Bakar yang menang ADUN Pulau Tawar mewakili parti Semangat 46 pada PRU 1990.



Mengikut cerita orang tua-tua, dulu di Pulau Tawar ada ulamak mengajar pengetahuan ilmu agama Islam kepada penduduk setempat dan penduduk dari serata negeri Pahang dan luar datang belajar agama. Tapi bila orang kampung Pulau Tawar menghalau ulamak-ulamak ini keluar dari kampung maka dikatakan ulamak-ulamak ini telah menyumpah orang Pulau Tawar. Terdapat juga ramai orang gila yang tinggal di Pulau Tawar. Dulu Pulau Tawar tempat orang-orang yang melakukan kesalahan undang-undang dibuang daerah. Sebab itu tempat itu dinamakan Pulau Tawar untuk menawar kejahatan pesalah dan banduan.



Mungkin sumpah ini sudah expired luput pada PRU 13 nanti. Apa-apa pun pemimpin Pulau Tawar mesti bangkit memperbetulkan keadaannya.


Posted by WZWH at 2:21 PM 18 comments:


Cg Pian said...


WZWH, fakta yang salah menyebabkan orang marah. Kalau di bina dengan kos sekarang pun tak sampai 5 juta beb untuk pam air itu. Awak dah pergi ke? Sumpah apa pula, org pulau tawar banyak yang berjaya. Hari ini kita kutuk orang gila, esok kita pulak yang gila. Nak galamor bukan ini caranya. Orang ptawar, kalau marah, sampai ke lubang cacing dia cari, tau. Saya asal dari sana tau...

November 3, 2010 2:59 PM


uRag dRrulug said...


Hehehehe! Kan dah kena sumpah WZ ni!


November 3, 2010 3:48 PM


Anonymous said...


Salam semua,

Ayuh semua pemimpin Pulau Tawar bangkit. Kita semua sahut seruan dan cabaran WZWH ini.



November 3, 2010 4:39 PM


Anonymous said...


Salam Cg Pian,

aok jangan cepat melatah. Kena terima dan berfikir secara positif apa yang ingin dilontarkan oleh WZWH pakar sejarah Jerantut ini. Kalau nak buat projek pengairan sawah padi macam gambar paling atas tu memang kosnya boleh mencecah RM70 juta seperti di Kundasang, Sabah. Kalau projek pengairan seperti yang digambarkan oleh WZWH dalam blognya mungkin antara RM10 juta ke RM15 juta.



November 3, 2010 4:45 PM


Anonymous said...

sabor-sabor uat lah apa yg patut deme...ajor cikit si mangkuk WZWH nie,,hebat sangat gaye nye


November 3, 2010 8:53 PM


p81 said...

cikgu pian .... fakta yg WZWH tulis tu ada betulnya .... mungkin sebab dia copy paste je dari buku memoir MB tuuu ....wzwh pun memang tak tahu lokasinya.... tapi fakta pengairan itu memang betul ... pengairan yang dimaksudkan oleh WZWH itu ialah pengairan tahun 1924 iaitu pengairan empangan salan . nak tahu tenggok gambar empang salan ini klik sini

http://parlimen81.blogspot.com/2010/10/balak-masih-sumber-ekonomi-utama.html .... empang salan ini dibuat pada zaman british . Dari empangan ini dibuat sebuat taliair terus ke pulau tawar melalui tepi sungai pahang ... terus ke paya kangsa . tali air yang ada sekarang ini dibuat pada tahun 1970-an ..... hai cikgu pian cakap org pulau tawar tapi tak tahu sejarah pulau tawar...he he he ... kawan-kawan kas ramai kat pulau tawar tu....






November 3, 2010 10:22 PM


Anonymous said...

blog urag drrulug pn dah ulas. P81 pun bukan betul-betul tau sbb dia bukan pernah lihat empangan di Salan tu, dia pun bukan tinggal di Jerantut ni dn dia bkn orang Jerantut pun, hehe Kas taulah siapa dia tu




November 3, 2010 10:49 PM


WZWH said...

Salam semua,


Moral of the history:


Pemimpin tempatan kena libatkan diri dengan apa-apa projek dikawasan masyarakat setempat kalau tidak terjadi seperti projek gajah putih pengairan Paya Kangsa yang sepatutnya menjadi jelapang padi Jerantut. Kegagalan projek membantutkan pertanian mukim Pulau Tawar. Seperti juga projek empang Tasik Chini yang menelan belanja RM8 juta kononnya untuk "level" aras Sungai Pahang dan Tasik Chini tapi menggangu ecology buat banyak spesies hampir pupus dan Tasik Chini sudah tidak cantik lagi. Dalam sejarah politik Jerantut, pemimpin-pemimpin Pulau Tawar tidak "rise to occasion". Pemimpin-pemimpin Pulau Tawar perlu bangkit. Itu saranan positif dari WZWH. Don't think negatively.


November 3, 2010 10:56 PM


Anonymous said...
Salam.Pemimpin pulau tawar tidak "rise to occasion" kata WZWH?.Kalau WZWH nak tau.Mat Kilau tu lah dulu yang mula memberontak membawa melayu menentang penjajah.WZWH tau sejarah ke?




November 3, 2010 11:09 PM


Anonymous said...

Weh deme, tok soh pelik la, manusia WZWH ni mmg suka buat kontroversi sbb dia nak glemer, kas perati blog dia ni dh x da org bc, dia wat posting 3 ke 4 kali sehari pun tak sampai seratus pembacanya, tu dia buat gempar ni nak suruh nama dia idup balik. kita persetankan saja dia yg moron ni.




November 3, 2010 11:19 PM


Cg Pian said...

Sorry semua, bukan apa, jangan mengata orang ptawar kena sumpah. Bukan tak tau kalau orang ptawar marah mcm mana. Saya bimbngkan keselamatan wzwh tu. Senang jangan mengata orang lah - nasihat,



November 3, 2010 11:54 PM


chenerong ular said...

Salam semua,lain kali,perkara yang sensitif tak payah tulis,kita tulis orang ini,orang itu kena sumpah tok ada faedahnya,jika cerita dari mulut ke mulut itu bukan fakta.


jika kita nak bercerita tentang kegagalan sesatu prujek sehingga menjadi gajah puteh,ini fakta,tak ada orang menafikan,tetapi kita kata pulak orang pulau tawar kena sumpah,itu bukan fakta,cerita dongen semata.

Berfikirlah sebelum membuat kenyataan,fikir perasaan orang jika kita mengeluarkan apa yang tak betul,ini melibatkan penduduk dan masyarakat setempat.






November 4, 2010 1:42 AM


Anonymous said...

cikgu pian,

jangan melatah,apa yang wzwh cakap tentang kena sumpah itu adalah dengar dengar cakap(ear say).ramli jaga ada cerita kat saya macam mana seorang ulamak bernama tuan guru malik telah datang mengajar agama di pulau tawar.tapi ada di kalangan pemuda-pemuda di pulau tawar yang jahiliyah telah menenggelamkan perahu ulamak tersebut.habis barang dagangan guru tersebut tenggelam ke dalam sungai.maka guru tersebut sangat kecewa dan menyumpah tidak akan ada orang pulau tawar yang menjadi pemimpin.itu orang pulau tawar sendiri yang cerita.haji nazri awang juga ada cerita kat saya asal usul pulau tawar.semua orang buangan daerah telah di hantar ke pulau tawar.mereka dipulaukan setempat untuk di tawarkan.sebab itu lekat nama pulau tawar.jadi itu adalah sejarah lisan orang pulau tawar.cikgu pian tidak perlu emosi.wzwh cakap begitu mungkin dia juga dengar cerita yang sama.kalau itu perkara kecil pun nak jadi terlalu sensitif tak layak lah cikgu pian jadi pemimpin umno.sebab gaya cakapnya ada unsur ugutan dan budaya hindraf.mungkin benarlah sumpahan cikgu malik tu.


anon 11.09pm,ini seekor lagi,tak tau sejarah.mat kilau tu orang budu tulin.waris kas.pulau tawar hanya semenda.tok gajah orang budu.jangan nak mengaku.rumah dia dibakar british di budu.habis satu kampung.


anon 11.19.80 orang dah kira banyaklah tu.buka blog jerantut yang lain.berapa yang baca.18,19,atau 1000.senang cakap awak bukak lah blog sendiri aku nak tengok berapa ramai yang baca.wzwh jangan takut.kalau cikgu pian kumpul orang pulau tawar nak pukul awak jangan takut.apa dia ingat awak ni anak kucing.macamlah awak ni tak ada waris.kita pun keturunan pendekar.orang lawan pakai otak dia lawan nak pakai kudrat.ugut-ugut orang pulak tu.


MATNYERWEH!!!!!!!



November 4, 2010 9:23 AM


Cg Pian said...
Anon 9.23 memang pandai dan handal. Memang pemimpin yang berwibawa dan amat diperlukan. Pendapatnya betul dan tidak emosi. Tahniah



November 4, 2010 11:26 AM


Anonymous said...
anon 9:23 kalau deme nak tahu pemuda jahiliyah yg tenggelamkan perahu ulamak tu sekarang ni cucu cicik dia banyak mat kat pulau tawar tuhhh .... kalau deme pergi mesyuarat pemuda umno pulau tawar tu ...... semua tu cucu cicit pemuda jahiliyaah tu laaa keh keh keh




November 4, 2010 11:58 AM


Anonymous said...

salam cikgu pian, jgn lyn la maknyah deme weh tu sbb dia mmg bengong, semua wzwh buat dia rsa betul walau posting membangkit keturunan org ni sensitif.


saya setuju dgn cenderung ular, yg penting org tak usik kita, kita jgn usik org, tak payah la bawa cerita2 ramli ke haji nazri ke kalau nak iktiraf blog ni ilmiah...



November 4, 2010 12:56 PM


Anonymous said...
hal yg di bahaskan bukanlah perkara pokok posting ini. patutnya tuan2 beri komen utk membawa kembali projek2 besar ke kg tuan2 utk kesejahteraan org kg tuan. Tapi ape kan daya org kampong tetap polotik kg.he he




November 4, 2010 5:54 PM


Anonymous said...
WZWH adalah penganut Wan Amizan. Cerita-cerita sumpah ulamak itu selalu diceritakan oleh Wan Amizan kepada anak buahnya. Mengikut cerita wan amizan sumpah itu kena pada 7 keturunan. Sekarang baru 3 ketuturunan.Kalau kira mungkin tahun 2200 baru expired sumaph itu. Kena percaya.


November 7, 2010 1:54 PM




KOMENTAR DARI 123siLEKUK

WZWH seorang penulis yang kontraversi. Tulisannya sangat sangat luar biasa walau pun kadang kala fakta hanya kepada cerita kedai kopi atau dipetik dari pemungkor yang terhandal dijerantut. Tidak semua salah tetapi tidak semua betul. TERUS BACA SINI

8 comments:

Anonymous said...

Ah sudah lah woiiii...bila idea dah takde mula la c n p artikel wzwh.nak bagi blogger lain baca ko punye blog,konon2 nya wzwh bikin panas.ko dah kehabisan idea ke?

Panglima Hitam said...

anda kalau bangang jangan tunjuk sangat.tak baca sampai habis ke?aku orang jati pulau tawar tak marah pun.korang2 semua kena tau dari mana wzwh dapat sumber cerita ni.

Panglima Hitam said...

Kalau anda gentlemen siarkan komen saya.

Anonymous said...

kalau orang pulau tak marah bagus..bagus.. aku orang drulu kalau tulis macam tu marah .. tak ada benda lain ke nakk tulis.

Anonymous said...

cerita yang tidak ada fakta tak perlu lah diposting..Biarlah meli jaga je yang memungko..akalnya bodoh tidak seperi saudara WZWH yang berkelulusan luar negara yang bijaksana.

Anonymous said...

orang pulau tawar? tak pernah dengar pun, garang sangat ke?

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.