Sunday, September 23, 2012

DATO TEDDY BEAR BAKAL MB PAHANG. BOLEH KE???



Dialog Telefon bersama kenalan rapat aku di Kuantan Jerantut.

Aku  : Jawatan Menteri Besar. Apa!!!!!...Bior betol kau ni. mampos jantot oiit... xkan dia MB. Kes banyak, politik wang, sprm, bawak lari anak dara org macam lagi lah kes nya. Yang terbaru sprm siasat kes Kg Durian Hijau.

Kawan : Betul Atan Dompok 2 la. Tgh kuat melobi org atasan sekrg ni. Parlimen mmg dia tak lps weeeh. Dia biasa la, bagi sebeg kat negeri diam la semuanya. Kira dompok 2 la paling baik dlm dunia ni dia org kabar. ha x3.

Aku : Kah kah kah... i2 la aokme semua ni. asal bab pulus sanggup ambek hok putar belit mcm 2. Patut la dia mengerja ke Dr Shukri sekrg ni weeeh. Pasal isu tanah taxi Jantut ni... Amenda ke nama syarikat nya. GrandMas aku rasa. proksi nya Hj Rusdi dgn Mat tupai. Wan amizan bodo weeeh, dia lupa di perompak juga. Kira gempar la jantut masa ni.

Kawan : Dr shukri x lekat dah. Kaya dah 2. Xpayah lah. Bagi ke org lain lah pulok. hey aoknya... Guaner Wan Zuri sekrg ni, keh baca blog dia . kuat jilat dompok weeeh. Dompok bagi duit ke dia 2. Nya bodo di dompok je keh rasa.

Aku : Keh taw bab 2. Wan Zuri!!!.. Budak 2 pandir. Giler. Dok sibuk pasal dia keturunan raja la. amenda lagi. aok pon. x taw juga. Jilat 2 usah kabar la, dari dulu lagi. sampai kering jubo dompok 2. ha x3. Keh rasa bior semua org baru lah MP dgn adun jantut ni. Hok lama semua hampuras weeeh.

Kawan : Keh rasa gitu juga. Bagi hok baru semua. Ramai lagi hok boleh kat Jantut 2 weeeh. Ehhh!!! keh nak ke jamban kejab ni, sakit perut pulok dah. demo tu semua pilih hok baru kat Jantut 2. Okay la. salammualaikum. Senang2 datang koantan weeeh.

Aku : walaikumsalam.

Itu lah serba sedikit pasal Dato Wan Amizan di mata masyarakat Pahang. Ternyata Beliau adalah pemimpin yang berkuku besi, tamak, suka membeli rakyat dengan wang ringgit dan bermacam macam lagi kerenah kerenah yang dilakukannya. Anda semua fikirkan nya. Perlu kah Beliau menjadi pemimpin Parlimen Jerantut atau Adun Kawasan Tahan lagi. Jangan pandang harta kemewahan, kita cuma perlu pandang kemana anak anak kita pada masa hadapan. Kemana MELAYU pada masa akan datang ini. Kemana kita sendiri. Dimana kita antara Syurga Dan Neraka.


Wednesday, September 5, 2012

GELARAN DATO TENDER PISANG GORENG DI JERANTUT

KAH...KAH...KAH
DATO HALIM ABD JALIL ( CHIEF )

KAH...KAH...KAH
        DATO IR JALALUDDIN DAN PAK SUPIRNYA DATO AZLI ISMAIL

KAH...KAH...KAH

DATO KHATIJAH MOHD SAID

KAH...KAH...KAH

DATO ABDULLAH LEBAI DIN

KAH...KAH...KAH

BELUM DAPAT DATO LAGI. SEDANG MELOBI.
MOHD HANAFISAH JUSOH

KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH

TENDER JANGAN TAK TENDER!



Tuesday, June 5, 2012

AJK DI LANTIK TUDUH KETUA BAHAGIAN TIBAI DUIT UMNO JERANTUT. SIASAT SIAPA BUAT FITNAH INI?

SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEJAHTERA

Penulis ada cerita pada penulisan kali ini. Ceritanya dan sahih sama sekali yang Ketua Bahagian Jerantut yang juga merangkap Ahli Parlimen Jerantut YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar di fitnah oleh beberapa orang ajk bahagian yang di lantik oleh Ketua Bahagian itu sendiri. Siasat kemudian ya!!!
Penulis merasakan yang ramai orang orang Umno tahu tentang hal ini. Cuma ia belum sampai ke cuping telinga YBM Tan Sri Tengku saja. Sebab ia sudah tersebar merata rata.

Cerita fitnah kepada YBM Tan Sri Tengku ini yang konon konon Ketua Bahagian telah SONGLAP wang Umno Bahagian untuk kegunaan peribadi Tengku sendiri. Wang dikatakan diambil oleh Tengku sebanyak RM 20 ribu. Ajk Bahagian ini sungguh berani menfitnah YBM Tengku. Tak malu kah dia menuduh Tengku sedemikian rupa, awak hidup dalam UMNO pun Tengku yang lantik. Penulis merasakan apa yang dilakukan oleh ajk yang dilantik ini sungguh biadap. Setahu penulis YBM Tan Sri bukan dan tidak sama sekali seperti yang dikatakan ajk tersebut. Mungkin penulis beranggapan yang ajk tersebut bukan rakyat Pahang. Kerana berani memcerca sedemikian rupa.

Pesan penulis kepada Ajk tersebut berhati hati jika keluar kenyataan, sebab ini bumi Pahang. 

SEBAB MULUT BADAN BINASA!!!... SEBAB MULUT JUGA NANTI KENA LEMPANG DEK RAKYAT JERANTUT. 

ADA FAHAM KER!!!

Jangan usik Ketua Kami.



Friday, February 3, 2012

Benarkah Bendahari Umno Bah. Jerantut Di Pecat

Maklumat terkini.
Dato Halim Bin Abdul Jalil di pecat sebagai Bendahari Umno Bahagian Jerantut.

Thursday, November 3, 2011

UMNO JERANTUT KENA ADA KEPERCAYAAN SESAMA UMNO. KALAU TIDAK MAHU REBAH PRU13.



 SALAM BERJUMPA LAGI.

Pembuka kata. Anda semua mahu UMNO menang pilihan raya ke 13 nanti? Kalau tidak mahu kemenangan kepada BN biarkan saja ini terus berlaku.

123 Lekuk ingin menyatakan yang UMNO Jerantut dalam keadaan resah gelisah sekarang. Boleh kah BN memerintah lagi selepas ini? Jika mahukan kemenangan 2/3 ahli UMNO kena berkerja kuat untuk rakyat. Bukan untuk isi perut sendiri lagi. 123 lekuk sedar yang UMNO Jerantut dalam keadaan huru hara, atas tamak haloba masing masing. Pemimpin kena turun mengadap rakyat, pemimpin kena hadapi apa masalah rakyat, Pemimpin kena buang sifat ego. Jika ini semua tidak diselesaikan dalam masa terdekat ini, parah lah yg akan diterima oleh semua ahli UMNO.

Cara cara penyelesaian masalah pemimpin dan rakyat. Pemimpin itu mesti berkerjasama dengan semua ahli UMNO serta Ajk UMNO. Jentera harus digerakan segera. Semua ahli UMNO Bahagian Jerantut kena buang sifat ego. Bila ramai manusia di Jerantut mengatakan yang pemimpin peringkat tertinggi UMNO bahagian Jerantut berpuak puak. Ketua bahagian ada kroninya sahaja, YB Tahan berperang bersama YB Pulau Tawar, Ajk Bahagian ada kelompok masing masing. Ahli UMNO bawahan juga berpuak puak. Pancas memancas yang amat teruk.Kenapa mesti membezakan sesama sendiri ( UMNO ). Duduk di dalam satu meja bulat selesai segala masalah yang timbul dengan baik tanpa ada sifat meninggikan diri.Tidak perlu menghentam sesama UMNO.Pihak pembangkang akan ketawa dan bertepuk tangan terhadap UMNO itu. Bersatu lah wahai Ahli Ahli UMNO. Tidak sayang kah pada parti keramat ini? 

123 Lekuk banyak mendengar cerita dari ahli UMNO dan juga rakyat biasa yang UMNO sudah rosak. Apa yang mereka perkatakan itu adalah menjadi satu DOA kepada UMNO itu sendiri.

BERUBAH DEMI KEMENANGAN UMNO.
UMNO ADALAH PARTI YANG KERAMAT.
UMNO LAH SEBUAH PARTI YANG MEMBELA MELAYU.
JANGAN ROSAKAN UMNO LAGI.

HIDUP UMNO, TERBELA LAH ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA.

Tuesday, October 25, 2011

CALON PARLIMEN BAHAGIAN JERANTUT EPISOD 2



Inilah calon Parlimen Jerantut yg ke2. Saudara Mustapha Maarof (Yusof). Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Bahagian Jerantut yang juga Ajk di lantik di dalam Bahagian Jerantut. Tengku telah melantik beliau sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut. Di katakan hari ini 26hb Oktober 2011 ada perjumpaan Media Social yang di ketuai oleh beliau sendiri di Rest House Jerantut. Beliau juga dikata pernah menyandang jawatan Presiden Mayc Malaysia tetapi atas tindakan undang undang kerajaan Malaysia jawatan tersebut telah di beri kepada yang berhak maka gugur lah dia dengan jawatan Presiden tersebut.

Beliau juga mampu untuk menjaga Jerantut kerana mempunyai pengalaman yang luas di peringkat Nasional. 123 lekuk berharap rakyat Jerantut memilih beliau sebagai ahli parlimen Jerantut pada pru 13 nanti. Dikatakan juga beliau boleh mengawal semua blogger blogger di Jerantut dan semua di bawah kawalan beliau.123 lekuk berharap juga saudara Mustapha mempunyai juga blog untuk membina dan membela UMNO di Bahagian Jerantut ini. 123 lekuk akan hadir pada majlis tersebut.

Beliau juga dapat mengawal pemuda pemudi di Bahagian Jerantut. 123 lekuk mendapat berita yang semua pemuda Umno Bahagian Jerantut di bawah kawalan beliau. Ini menunjuk beliau calon yang kuat untuk Jerantut. Semangat muda perlukan orang seperti beliau pada masa ini. Itulah serba ringkas mengenai Saudara Mustapha Maarof calon Parlimen akan datang.

VOTE!!!!!   VOTE!!!!  VOTE!!!!

Sekian, Wasalam.

Thursday, October 13, 2011

CALON PARLIMEN BAHAGIAN JERANTUT. PERUBAHAN WAJIB DI UBAH DI JERANTUT.



123 LEKUK akan mempamerkan bakal calon calon ahli Parlimen untuk bahagian Jerantut untuk PRU akan datang.

Dato Haji Ahmad Bin Haji Daud. Beliau merupakan Pegawai Daerah Bera pada masa ini. Beliau juga bekas Setiausaha Sulit kepada Tun Khalid Yaakob (Mantan Menteri Besar Pahang) pada masa dahulu. Anak tempatan Jerantut yang sebenar. Politiknya sangat tinggi cuma tiada jawatan didalam Umno bahagian Jerantut. Ramai pengikut pengikut dikalangan orang orang yang terpelajar seperti En Kamarul Zaman Baria, Dato Hj Rusdi Sulong, Khalid Moin, Dato Sharif Shamsudin dan yang lain lain lagi. Didikan dari Universiti Malaya. 123 lekuk merasakan beliau adalah calon yang sesuai tetapi 123 lekuk tidak memaksa sesiapa untuk mahukan Beliau. Selepas ini 123 lekuk akan meyusur calon calon yang lain pula untuk pengundi pengundi Jerantut selidiki untuk masa depan Daerah Jerantut yang tercinta ini.

Harap harap mendapat pemimpin yang berjiwa rakyat bukan berjiwa kroni semata mata dan bukan mahu penuh kan kocek sendiri. Sekian di maklumkan

WAL PULUS FIL DUNIA, WAL MAMPUS BIL AKHIRAH.....INGAT bukan itu sifat PEMIMPIN

Bersambung episod akan datang...tunggu!!!!

Tuesday, October 11, 2011

CALON YANG SANGAT SESUAI SEBAGAI SUB JERANTUT.


Ini lah calon yang sangat sesuai sebagai Setiausaha Bahagian Jerantut. Tahniah Mohd Zukarmi bin Abu Bakar. Saya  dan UMNO mahukan dia di Jerantut. Tahniah juga kepada Tan Sri Tengku pilihan yang sangat bijak.
HIDUP UMNO JERANTUT... BRAVOOOO.

Monday, November 29, 2010

MESYUARAT AGUNG BELIA 4B PAHANG TIDAK SAH?


Ahli-ahli belia 4B Pahang mempersoalkan mesyuarat Agung Negeri Pahang itu yang diadakan awal november 2010 dikatakan tidak sah kerana dihadiri oleh perwakilan 4B Jerantut yang tidak mengadakan mesyuarat Agung pada tahun 2010 ini.

Persatuan Belia 4B Jerantut yang terdiri dari 24 cawangan tidak mengadakan mesyuarat Agung pada tahun 2010 menghantar wakil kemesyuarat negeri seramai 7 dari 10 orang ( 3 orang tidak hadir). Perkara ini telah dipersoalkan oleh perwakilan pada persidangan itu tetapi tidak dilayan oleh Jawatan kuasa negeri.

Sepatutnya, Jerantut tidak boleh hadhir kemesyurat negeri kerana tidak mengadakan mesyuarat agung diperingkat Daerah. Minit-minit mesyuarat Agung yang dihantar kenegeri itu hanyalah palsu dan pihak negeri hendaklah menyiasat perkara ini dengan serius.

Tindakan Pengerusi Belia4B Daerah Jerantut yang juga Naib Pengerusi 4B Negeri tidak adil kepada Gerakan Belia 4B Pahang dan Belia 4B Daerah. Memalsukan dokumen atau minit mesyuarat Agung adalah satu kesalahan dan peraturan belia 4B yang melibatkan pendaftaran persatuan Belia.

Wakil-wakil yang dihantar ke negeri hanyalah atas senarai yang hanya dibuat oleh pengerusi Daerah sahaja bukan dipilih melalui mesyuarat Agung.

Gerakan Belia 4B Pahang hendaklah menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas salah laku ini. Disamping itu, ramai berpendapat bahawa mesyuarat negeri dalam keraguan kerana dihadiri oleh perwakilan yang tidak sah.

Jalaludin Ghazali tidak boleh menipu 24 cawangan dalam daerah ini kononnya Belia 4B Jerantut siap mengadakan mesyuarat Agung pada 30.10,2010.

Saturday, November 6, 2010

PANAS BERAPI ORANG PULAU TAWAR MESTI BACA INI DARI WZWH

Sejarah Projek Gajah Putih Jerantut





Projek gajah putih merupakan projek yang menelan belanja kos yang besar tetapi membazir sebab rakyat tidak boleh guna kerana tidak siap sepenuhnya terbengkalai. WZWH dalam posting ini mahu cerita sejarah projek gajah putih Jerantut. Manakala projek hidroelektrik dan projek loji tenaga nuklear yang akan dibina di Lembah Tembeling tidak dipanggil projek-projek gajah putih walaupun sifatnya super mega tapi amat perlu untuk keperluan tenaga negara.



Projek ini berlaku pada tahun 1924 di Jerantut. Ini ialah projek pembinaan rancangan pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar. Cerita ini dipetik dari memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat- "Tinggal Kenangan", MB Pahang yang pertama.
 Pada tahun 1924, Dato' Sir Mahmud bin Mat bertugas sebagai ADO Kuala Lipis. Untuk menikmati suasana Jerantut terutamanya keadaan mukim Pulau Tawar zaman dulu maka elok WZWH extract dari memoir tersebut....



Tugas penting saya sebagai Penolong Pegawai Daerah adalah untuk membuat lawatan ke mukim-mukim menemui penduduk atas urusan rasmi seperti memungut hasil tanah, mengeluarkan surat hak milik, menguruskan pemindahan hak milik tanah dan menguruskan agihan kebun kecil orang yang sudah meninggal kepada pewaris.



Sebuah perahu ketiap yang besar disediakan untuk Pegawai Daerah untuk perjalanannya di Sungai Jelai dan Sungai Pahang. Perahu itu dikendalikan oleh empat orang awak yang tetap termasuklah jurumudi. Awak yang empat orang ini sudah cukup untuk mengendalikan perahu semasa perahu belayar ke hilir sungai. Untuk menongkahnya ke hulu beberapa orang awak tambahan diperlukan. Lima orang lagi perlu diambil. Pada masa itu kami tidak mempunyai kemudahan motorbot untuk menarik perahu ke hulu hilir sungai.



Sememangnya pengalaman tinggal dan mengembara menaiki perahu ketiap di Sungai Pahang sangat menyeronokkan. Perahu ketiap itu sendiri sangat selesa keadaannya. Ia lengkap dengan tempat tidur, lembek, bantal dan kemudahan lain untuk keselesaan kami.


Sungguh nyaman rasanya kami duduk di atas kabin pada waktu petang dihembusi angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kami selalu dapat memilih tempat-tempat untuk berlabuh dan bermalam. Dengan itu dapatlah kami menikmati beberapa sukan seperti menembak burung atau memancing di sungai.



Mukim Pulau Tawar sangat sesuai untuk menembak burung. Di mukim ini terdapat kawasan tanah rata yang sangat luas iaitu Padang Kangsa yang terkenal itu. Pada masa dahulu kawasan tersebut dibajak untuk penanaman padi huma setiap tahun. Kini sudah bertahun-tahun lamanya tanah itu tinggal terbiar sahaja kerana lalang yang menebal di situ. Oleh itu tanah tersebut digunakan untuk kerbau dan lembu meragut rumput. Pada musim hujan burung tetiruk dan burung kedidi akan dikerumun di tempat itu.



Satu rancangan pengairan dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan kawasan ini sesuai untuk penanaman padi. Pembinaannya hampir siap tapi malangnya projek yang menelan belanja hampir $130,000 tidak pernah dimanfaatkan.



Saya mendapat tahu bahawa Jabatan Kerja Raya telah menyiapkan pembinaan rancangan pengairan untuk kawasan Padang Kangsa di mukim Pulau Tawar dan mereka sedang membuat percubaan untuk menguji pengaliran air di terusan utama yang dibina selari dengan tebing Sungai Pahang.



Dua hari kemudian saya menghiliri sungai ke mukim Burau untuk melaksanakan urusan tanah. Saya menaiki kereta api ke Jerantut dan dari situ menghiliri Sungai Pahang dengan motorbot. Di Pulau Tawar kami lalu hampir dengan tebing sungai. Di situ saya terdengar bunyi air mencurah dari beberapa saluran di tebing sungai ke dalam Sungai Pahang.



Saya memerhatikan tebing sungai di beberapa tempat roboh. Beberapa pokok dan rumpun buluh yang tumbuh di tebing tersebut turut rebah. Terusan digali terlalu dekat dengan tebing sungai dan tanahnya poros di kebanyakan tempat. Air yang mengalir dalam terusan meresap kedalam lubang-lubang bawah tanah lalu mengalir ke Sungai Pahang. Setibanya air yang mengalir tadi ke hujung terusan, airnya tinggal sedikit untuk dialirkan ke sawah padi. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila lubang-lubang bawah tanah semakin membesar dengan air yang tidak henti-henti air mengalir. Terpaksalah rancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.



Setelah saya kembali semula ke Kuala Lipis saya bertanya kepada jurutera Jabatan Kerja Raya akan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah serius rancangan perairan di Pulau Tawar. Katanya bahagian bawah dan tepi terusan boleh ditampal dengan konkrit tetapi itu akan menelan belanja yang banyak dan pihak kerajaan tidak bersedia untuk membelanjakan wang yang sebegitu banyak. Maka perkara itu terbiar begitu sahaja.



Selepas banjir besar tahun 1926 skim pengairan Pulau Tawar yang baharu siap musnah sama sekali. Tanah luas yang sepatutnya diairi bertukar menjadi padang lumpur. Tumbuhan-tumbuhan hijau sudah tiada lagi. Lembu dan kerbau yang lari ke bukit untuk menyelamatkan diri daripada banjir enggan turun ke padang dan banyak yang mati kehausan dan kebuluran.



Demikian malang nasib mukim Pulau Tawar yang WZWH paparkan pada posting ini walaupun kerajaan telah membelanjakan lebih $130,000 duit dolar British pada tahun 1924 (nilai sekarang antara RM50 ke RM70 juta) namun projek pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar telah gagal dan menjadi projek gajah putih pertama Jerantut.



Sememang hingga sekarang tiada pembangunan yang boleh nampak besar di Mukim Pulau Tawar. Kampung-kampung tradisionalnya nampak lesu tidak bermaya tiada pembangunan yang sepatutnya. Tokoh-tokoh pemimpinnya termasuk ahli-ahli politiknya tiada yang berjaya menjadi wakil rakyat seperti ADUN dan ahli parlimen yang mewakili UMNO. Ahli-ahli politik dari parti PAS pun tidak pernah menang pilihanraya kecuali aruah Cikgu Bakar yang menang ADUN Pulau Tawar mewakili parti Semangat 46 pada PRU 1990.



Mengikut cerita orang tua-tua, dulu di Pulau Tawar ada ulamak mengajar pengetahuan ilmu agama Islam kepada penduduk setempat dan penduduk dari serata negeri Pahang dan luar datang belajar agama. Tapi bila orang kampung Pulau Tawar menghalau ulamak-ulamak ini keluar dari kampung maka dikatakan ulamak-ulamak ini telah menyumpah orang Pulau Tawar. Terdapat juga ramai orang gila yang tinggal di Pulau Tawar. Dulu Pulau Tawar tempat orang-orang yang melakukan kesalahan undang-undang dibuang daerah. Sebab itu tempat itu dinamakan Pulau Tawar untuk menawar kejahatan pesalah dan banduan.



Mungkin sumpah ini sudah expired luput pada PRU 13 nanti. Apa-apa pun pemimpin Pulau Tawar mesti bangkit memperbetulkan keadaannya.


Posted by WZWH at 2:21 PM 18 comments:


Cg Pian said...


WZWH, fakta yang salah menyebabkan orang marah. Kalau di bina dengan kos sekarang pun tak sampai 5 juta beb untuk pam air itu. Awak dah pergi ke? Sumpah apa pula, org pulau tawar banyak yang berjaya. Hari ini kita kutuk orang gila, esok kita pulak yang gila. Nak galamor bukan ini caranya. Orang ptawar, kalau marah, sampai ke lubang cacing dia cari, tau. Saya asal dari sana tau...

November 3, 2010 2:59 PM


uRag dRrulug said...


Hehehehe! Kan dah kena sumpah WZ ni!


November 3, 2010 3:48 PM


Anonymous said...


Salam semua,

Ayuh semua pemimpin Pulau Tawar bangkit. Kita semua sahut seruan dan cabaran WZWH ini.



November 3, 2010 4:39 PM


Anonymous said...


Salam Cg Pian,

aok jangan cepat melatah. Kena terima dan berfikir secara positif apa yang ingin dilontarkan oleh WZWH pakar sejarah Jerantut ini. Kalau nak buat projek pengairan sawah padi macam gambar paling atas tu memang kosnya boleh mencecah RM70 juta seperti di Kundasang, Sabah. Kalau projek pengairan seperti yang digambarkan oleh WZWH dalam blognya mungkin antara RM10 juta ke RM15 juta.



November 3, 2010 4:45 PM


Anonymous said...

sabor-sabor uat lah apa yg patut deme...ajor cikit si mangkuk WZWH nie,,hebat sangat gaye nye


November 3, 2010 8:53 PM


p81 said...

cikgu pian .... fakta yg WZWH tulis tu ada betulnya .... mungkin sebab dia copy paste je dari buku memoir MB tuuu ....wzwh pun memang tak tahu lokasinya.... tapi fakta pengairan itu memang betul ... pengairan yang dimaksudkan oleh WZWH itu ialah pengairan tahun 1924 iaitu pengairan empangan salan . nak tahu tenggok gambar empang salan ini klik sini

http://parlimen81.blogspot.com/2010/10/balak-masih-sumber-ekonomi-utama.html .... empang salan ini dibuat pada zaman british . Dari empangan ini dibuat sebuat taliair terus ke pulau tawar melalui tepi sungai pahang ... terus ke paya kangsa . tali air yang ada sekarang ini dibuat pada tahun 1970-an ..... hai cikgu pian cakap org pulau tawar tapi tak tahu sejarah pulau tawar...he he he ... kawan-kawan kas ramai kat pulau tawar tu....






November 3, 2010 10:22 PM


Anonymous said...

blog urag drrulug pn dah ulas. P81 pun bukan betul-betul tau sbb dia bukan pernah lihat empangan di Salan tu, dia pun bukan tinggal di Jerantut ni dn dia bkn orang Jerantut pun, hehe Kas taulah siapa dia tu




November 3, 2010 10:49 PM


WZWH said...

Salam semua,


Moral of the history:


Pemimpin tempatan kena libatkan diri dengan apa-apa projek dikawasan masyarakat setempat kalau tidak terjadi seperti projek gajah putih pengairan Paya Kangsa yang sepatutnya menjadi jelapang padi Jerantut. Kegagalan projek membantutkan pertanian mukim Pulau Tawar. Seperti juga projek empang Tasik Chini yang menelan belanja RM8 juta kononnya untuk "level" aras Sungai Pahang dan Tasik Chini tapi menggangu ecology buat banyak spesies hampir pupus dan Tasik Chini sudah tidak cantik lagi. Dalam sejarah politik Jerantut, pemimpin-pemimpin Pulau Tawar tidak "rise to occasion". Pemimpin-pemimpin Pulau Tawar perlu bangkit. Itu saranan positif dari WZWH. Don't think negatively.


November 3, 2010 10:56 PM


Anonymous said...
Salam.Pemimpin pulau tawar tidak "rise to occasion" kata WZWH?.Kalau WZWH nak tau.Mat Kilau tu lah dulu yang mula memberontak membawa melayu menentang penjajah.WZWH tau sejarah ke?




November 3, 2010 11:09 PM


Anonymous said...

Weh deme, tok soh pelik la, manusia WZWH ni mmg suka buat kontroversi sbb dia nak glemer, kas perati blog dia ni dh x da org bc, dia wat posting 3 ke 4 kali sehari pun tak sampai seratus pembacanya, tu dia buat gempar ni nak suruh nama dia idup balik. kita persetankan saja dia yg moron ni.




November 3, 2010 11:19 PM


Cg Pian said...

Sorry semua, bukan apa, jangan mengata orang ptawar kena sumpah. Bukan tak tau kalau orang ptawar marah mcm mana. Saya bimbngkan keselamatan wzwh tu. Senang jangan mengata orang lah - nasihat,



November 3, 2010 11:54 PM


chenerong ular said...

Salam semua,lain kali,perkara yang sensitif tak payah tulis,kita tulis orang ini,orang itu kena sumpah tok ada faedahnya,jika cerita dari mulut ke mulut itu bukan fakta.


jika kita nak bercerita tentang kegagalan sesatu prujek sehingga menjadi gajah puteh,ini fakta,tak ada orang menafikan,tetapi kita kata pulak orang pulau tawar kena sumpah,itu bukan fakta,cerita dongen semata.

Berfikirlah sebelum membuat kenyataan,fikir perasaan orang jika kita mengeluarkan apa yang tak betul,ini melibatkan penduduk dan masyarakat setempat.






November 4, 2010 1:42 AM


Anonymous said...

cikgu pian,

jangan melatah,apa yang wzwh cakap tentang kena sumpah itu adalah dengar dengar cakap(ear say).ramli jaga ada cerita kat saya macam mana seorang ulamak bernama tuan guru malik telah datang mengajar agama di pulau tawar.tapi ada di kalangan pemuda-pemuda di pulau tawar yang jahiliyah telah menenggelamkan perahu ulamak tersebut.habis barang dagangan guru tersebut tenggelam ke dalam sungai.maka guru tersebut sangat kecewa dan menyumpah tidak akan ada orang pulau tawar yang menjadi pemimpin.itu orang pulau tawar sendiri yang cerita.haji nazri awang juga ada cerita kat saya asal usul pulau tawar.semua orang buangan daerah telah di hantar ke pulau tawar.mereka dipulaukan setempat untuk di tawarkan.sebab itu lekat nama pulau tawar.jadi itu adalah sejarah lisan orang pulau tawar.cikgu pian tidak perlu emosi.wzwh cakap begitu mungkin dia juga dengar cerita yang sama.kalau itu perkara kecil pun nak jadi terlalu sensitif tak layak lah cikgu pian jadi pemimpin umno.sebab gaya cakapnya ada unsur ugutan dan budaya hindraf.mungkin benarlah sumpahan cikgu malik tu.


anon 11.09pm,ini seekor lagi,tak tau sejarah.mat kilau tu orang budu tulin.waris kas.pulau tawar hanya semenda.tok gajah orang budu.jangan nak mengaku.rumah dia dibakar british di budu.habis satu kampung.


anon 11.19.80 orang dah kira banyaklah tu.buka blog jerantut yang lain.berapa yang baca.18,19,atau 1000.senang cakap awak bukak lah blog sendiri aku nak tengok berapa ramai yang baca.wzwh jangan takut.kalau cikgu pian kumpul orang pulau tawar nak pukul awak jangan takut.apa dia ingat awak ni anak kucing.macamlah awak ni tak ada waris.kita pun keturunan pendekar.orang lawan pakai otak dia lawan nak pakai kudrat.ugut-ugut orang pulak tu.


MATNYERWEH!!!!!!!



November 4, 2010 9:23 AM


Cg Pian said...
Anon 9.23 memang pandai dan handal. Memang pemimpin yang berwibawa dan amat diperlukan. Pendapatnya betul dan tidak emosi. Tahniah



November 4, 2010 11:26 AM


Anonymous said...
anon 9:23 kalau deme nak tahu pemuda jahiliyah yg tenggelamkan perahu ulamak tu sekarang ni cucu cicik dia banyak mat kat pulau tawar tuhhh .... kalau deme pergi mesyuarat pemuda umno pulau tawar tu ...... semua tu cucu cicit pemuda jahiliyaah tu laaa keh keh keh




November 4, 2010 11:58 AM


Anonymous said...

salam cikgu pian, jgn lyn la maknyah deme weh tu sbb dia mmg bengong, semua wzwh buat dia rsa betul walau posting membangkit keturunan org ni sensitif.


saya setuju dgn cenderung ular, yg penting org tak usik kita, kita jgn usik org, tak payah la bawa cerita2 ramli ke haji nazri ke kalau nak iktiraf blog ni ilmiah...



November 4, 2010 12:56 PM


Anonymous said...
hal yg di bahaskan bukanlah perkara pokok posting ini. patutnya tuan2 beri komen utk membawa kembali projek2 besar ke kg tuan2 utk kesejahteraan org kg tuan. Tapi ape kan daya org kampong tetap polotik kg.he he




November 4, 2010 5:54 PM


Anonymous said...
WZWH adalah penganut Wan Amizan. Cerita-cerita sumpah ulamak itu selalu diceritakan oleh Wan Amizan kepada anak buahnya. Mengikut cerita wan amizan sumpah itu kena pada 7 keturunan. Sekarang baru 3 ketuturunan.Kalau kira mungkin tahun 2200 baru expired sumaph itu. Kena percaya.


November 7, 2010 1:54 PM




KOMENTAR DARI 123siLEKUK

WZWH seorang penulis yang kontraversi. Tulisannya sangat sangat luar biasa walau pun kadang kala fakta hanya kepada cerita kedai kopi atau dipetik dari pemungkor yang terhandal dijerantut. Tidak semua salah tetapi tidak semua betul. TERUS BACA SINI

Wednesday, November 3, 2010

RASUAH PARTI PEMBANGKANG KOTOR TERANG- TERANGAN



Kalau dahulu pakatan rakyat mengatakan UMNO zalim, rasuah dan maksiat serta penyeleweng sekarang bila diGalas semua terbongkar. Mereka lagi teruk. Tuhan terbalikan sekejap saja untuk dijadikan ikhtibar pada umat Islam diMalaysia.

Bukti-bukti bergambar merasuah, begitu hina sekali untuk mendapatkan undi haiwan Pas itu rupanya.  Nik Aziz menyumpah orang sapa mati dulu.. oarng tak mahu bersalam dnegan dia.

Nik Aziz membenarkan Lim Kit Sial mengkafirkan orang melayu dan UMNO. Zalim terhadap rakyat dengan bermacam-macam janji tidak ditunai. Segalanya dapat kesimpulan bahawa Pakatan  itu tiga parti yang jahat, penipu, pembohong dan kotor dengan rasuah.

Wednesday, October 27, 2010

GALAS - APA NI ZUL BETUL KE KENA TANGKAP BASAH?


Rakyat khususnya pengundi di Galas sudah pening dengan penjelasan pihak PAS bahawa ada yang kata Dr Zulkefli sudah kahwin, ada yang kata bujang dan ada yang kata kena tangkap basah ! mana satu ni?  Jadi caalon takut nak istihar urusan keluarga ? Nak sorok apa ?.

Jika benar kena tangkap basah apa salahnya mengaku. Kalau tak mengaku, saksi-saksi akan bercakap dan tukang tangkap pada masa kejadian itu akan bercakap juga.

Oleh kerana calon berdiam diri maka rakyat khususnya pengundi percaya Dr Zulkifli pernah ditangkap basah. Lihatlah, dah cakap awal-awal lagi dah tidak mahu berterus terang. Kalau menang besuk lagi banyak hal dia lakukan.

Ini perempuan mana? Siapa Zainab Jalar ni?  Isteri ke, cinta ke? atau .....
cuba KLIK SINI

Saturday, October 23, 2010

PAS BUAT FITNAH ISTERI PM MELAMPAU




Melampau kalau nak tuduh pun biar betul. Mana ada pertunjukan IFF diKuala Lumpur macam ini. Ini Festival Fesyen diPranchis.  Janganlah dicampur adukan kalau ye pun. Beribu-ribu pertunjukan fesyen berlaku diseluruh dunia setiap tahun dan gambar-gambar itu boleh diambil dari portal atau laman web. Nak reka cerita pun biar munasabah. Penganjur pun faham sensitiviti dinegara ini. Mereka bukan tidak ada risikan sebelum mereka membuat sesuatu pertunjukan. Janganlah memperbodohkan rakyat Malaysia kalau nak mencari undi pun. 








pereka baju yang meletakan nama Muhamad itu dari negara Cameron. Namanya Parfait Behen.

pertunjukan IFF yang sebenarnya DISINI






WOIT ... KALAU NAK MENIPU PUN BIAR LICIK
WOIT... KALAU NAK SPIN CERITA BIAR ORANG PERCAYA
WOIT... KAU ORANG JADI PUTAR ALAM CARA KAMPUNG
WOIT... MANA ADA INI MALAYSIA BOLEH BENAR INI SHOW
WOIT... GOLOK SAMA HATYAAI BOLEH CERITA

Saturday, October 9, 2010

ROKOK NAIK



Paling mudah kerajaan buat bajet rokok naik. Kerajaan tak mau undi orang merokok ke?. Nak suruh berhenti merokok. Kalau dah jadi perokok tegar itu, susah dah. Buatlah fatwa senang. Macam Arab Saudi dan ada negara Islam lain. Merokok Haram. Itu boleh jadi.

Depa yang buat dasar tu, bolehlah. Depa isap ceruit. Beratus-ratus ringgit sebatang depa sedut juga. Yang kita ni teruknya. Tapi perokok tak pernah tentang kerajaan naik harga rokok. Depa malulah. Apa pun depa beli juga. Hanya dalam hati saja ada tak puas hati. Kadang2 tak puas hati pada harga rokok dia melarat pada benda lain marahnya. Apa lagi dalam kadaan putuis rokok.

Kalau putuis rokok osahkan menteri, anak bini bising pun boleh jadi marah. Nasib baik Pakatan rakyat tak janji potong separuh harga rokok. Kalau dia janji macam itu berpindah undi. Ini pun tak tau lagi. Dok kena selalu.

Takut dekat pilihan raya umum nanti PKR janji rokok free terpukang BN budak-budak muda undi Pakatan Rakyat huhuhu.... Cukuplah kerjaan kerjakan orang merokok dalam tempuh lima tahun lagi. Carilah duit lain nak buat pembangunan.

Yang paling kuat merokok orang  BN betul ke masa kempen pemilihan parti calon-calon tabur rokok pada perwakilan ?  ada yang tabur .................. huhuhu

Apa kata perokok tegar beri komen anda. Huhuhu..

Wednesday, September 29, 2010

SPU LAGI POWER

SPU ubahsuai rupanya. Bukan digam oleh SKMM. Jadi repot  WZWH tak benar. Tahniah spu, masih hidup. Lekuk ingat sehari dua ini nak kenduri doa selamatlah kerana spu meninggalkan alam maya. Kalau gitu tak jadilah. Wokay... spu jalanlah macam biasa. Jangan lebih-lebih wzwh ada sentiasa mengintai. Kali ini kalau wzwh buat terus maut kehkehkeh.

Blog patpatsikulipat pula pemiliknya dapat kerja ke Klang selangor ada pesanan dalam blog sangkakala. Dia main tinggal begitu saja. Nampaknya gempar blog dikedai-kedai kopi semakin hangat. Pembaca tempatan pun makin bertambah. Apa yang lekuk dengar, mereka kata blog spu tak ada rasa macam kurang garam baca blog.  Betul ke ni ? hebat spu.

Tuesday, September 28, 2010

GEMPAR BLOG SPU DIGAM

Blog WZWH gempar dakwa blog suara prihatin UMNO Jerantut digam oleh pihak tertentu. Lekuk cuba masuk blog spu memang benar tak boleh lawat. Apa jadi ni?. Blog pintu masuk maya jarantut kena gam. Power wzwh! boleh gam blog lain. Lekuk dah mula kecut perut ! heh heh heh.  Blog Urag Drrulug pun ulas sama !!. Eh betul ke ni?. WZWH repot salah apa spu pada SKM ? sebab kempen moron ke? sebab siar majalah adik beradik sesusu ker?. Lepas ni blog patpatsikulipat pula gaknye kena pula.Hai bahaya ni, perang blog pun boleh sampai bunuh blog. Hui... takut lekuk pada wzwh power weh. Lekuk ni sayang juga kat blog lekuk ni kena mati. Post blog lekuk ni mahal nilainya. Lekuk puji Wan Amizan pun tak kena ? keh keh keh.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dengan ingatan yang suci murni dan tulus ikhlas saya ucapkan selamat hari raya aidilfiti semoga saudara semua gembira bersama keluarga dan didoakan agar sihat sejahtera dan dilindung Allah sepanjang masa. 

Buat yang dalam perjalanan jauh atau dekat dengan memandu kenderaan diingatkan sentiasa berhati-hati memandu bagi mengelakan semua orang susah.

Keadaan sekarang barang-barang mahal kerana kenaikan minyak sebabagai contohnya harga daging tahun lalu 18.00 sekilo tetapi pada tahun ini harganya melompat 20.00 sekilo kita ambil pendekatan berhati-hati membeli.

Maaf Zahir Batin

Saturday, September 4, 2010

WAN AMIZAN BAWA PROJEK KOMPLEKS SUKAN JERANTUT

Bandar Jerantut akan dilengkapkan dengan sebuah Kompleks Sukan bernilai Lebih lima juta ringgit dalam masa tidak lama lagi. YB. Dato' Wan Amizan telah berkerja keras untuk mendapatkan peruntukan tersebut kerana desakan golongan muda.

Dengan adanya Kompleks itu nanti Bandar Jerantut akan lebih meriah dan ramai lagi bakat-bakat baru akan muncul dalam berbagai arena sukan.

Dato' Wan Amizan sebagai ketua pemuda Jerantut akan mempastikan pembangunan itu dilaksanakan segera sekiranya peruntukan yang diluluskan oleh YAB Perdana Menteri ketika dimohon semasa beliau melawat Jerantut baru-baru ini. Walau pun permohonan itu tidak diumum tetapi YAB PM datang dengan buah tangannya untuk Jerantut.

Thursday, August 26, 2010

TENGKU AZLAN DAN DR SHUKRI TOLAK WAN AMIZAN PRU 13


       sekarang saya dah hilang pening jagalah. Lihat kawan kita dibawah tu !

Perjumpaan K18 pada 27/7/10 ditingkat 3 pasaraya Bangsar Shoping Complex, Bangsar telah membuat kata sepakat bahawa Tengku Azlan akan menyerahkan kerusi Parlimen pada PRU 13 kepada Dr Shukri Ismail. Dalam pertemuan itu juga Tengku Azlan memberi jaminan bahawa beliau akan pastikan bahawa Wan Amizan dan Haji Nazri tidak bertanding kerana mereka banyak isu dan masalah.

Pertemuan itu dibuat ketika Wan Amizan dan ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua kampung sedang menjalankan ibadat umrah ditanah suci Mekah. Setelah pulang dari Mekah Wan Amizan mendapat lapuran penuh dari orang setia kepada Haji Nazri. Segala percakapan didalam pertemuan itu dan gambar-gambarnya dapat dilihat dengan jelas oleh Wan Amizan.

Wan Amizan dengan perasaan sedih memberi tahu penyokong-penyokongnya bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya sehingga tamat tempoh satu penggal ini sahaja. Sekiranya dapat bertanding lagi diPRU 13 itu merupakan bonus baginya.

Wan Amizan tidak menduga bahawa orang yang disokongnya dalam pemilihan UMNO 2008 yang lalu sebagai ketua Bahagian boleh berbuat demikian walaupun beliau membantu kewangan lebih dari RM600 ribu dilupakan begitu sahaja. Begitu juga Haji Nazri membantu lebih RM400 ribu juga tidak dikenang. Mereka yang buat kerja menabur duit itu untuk pastikan Tengku Azlan menang besar. Setiap perwakilan dibayar lebih dari RM5000 seorang. Ada setengah perwakilan mencapai RM10,000. Jika tidak sukar untuk Tengku Azlan menang. Tengku Azlan tidak mengenang budi.

Wan Amizan menolak sekeras-sekerasnya jika Dr.Shukri dicalonkan diParlimen pada PRU 13 kerana dikatakan Dr.Shukri menjual bandar Jerantut kepada syarikat Grandmas  dengan nilai RM satu juta dengan memasang proksinya Rahmat Yusof dan Haji Rosdi Aw Sulong. Selain dari itu Dr Shukri juga menjual tanah taman depan CIMB kepada Lim Ah Chak dan berbagai-bagai lagi. Dia sendiri menulis melalui blog DUN Tahan melalui komennya diblog WZWH mencabar Dr.Shukri jika beliau tidak benar beliau mencabar Dr.Shukri mendakwanya fitnah diMahkamah.

Setakat ini Dr.Shukri tidak berani mebuat apa-apa saman itu menunjukkan bahawa dakwaan Wan Amizan itu benar dan tidak dapat dinafikan lagi. Dia berpuas hati jika Dr,Shukri sama-sama tidak dicalonkan dalam PRU 13 kerana sikap Dr.Shukri sebagai pengkhianat dan penjual bangsa.

Apa yang dikatakan Wan Amizan itu ada kebenarannya kerana jika Dr.Shukri mahukan kerusi parlimen mengapa kedudukan beliau disentuh. Dr Shukri patut berusaha keras bagi mencapai cita-citanya mengapa pula untuk naik memijak kepala orang dengan menghasut Tengku Azlan yang mudah dirasuk itu.

Sumber berita diambil dari Halaman Facebook Dr Shukri, blog WZWH, Blog SPU,  Komen-komen DUN Tahan dan perbualan kedai kopi.