Wednesday, September 29, 2010

SPU LAGI POWER

SPU ubahsuai rupanya. Bukan digam oleh SKMM. Jadi repot  WZWH tak benar. Tahniah spu, masih hidup. Lekuk ingat sehari dua ini nak kenduri doa selamatlah kerana spu meninggalkan alam maya. Kalau gitu tak jadilah. Wokay... spu jalanlah macam biasa. Jangan lebih-lebih wzwh ada sentiasa mengintai. Kali ini kalau wzwh buat terus maut kehkehkeh.

Blog patpatsikulipat pula pemiliknya dapat kerja ke Klang selangor ada pesanan dalam blog sangkakala. Dia main tinggal begitu saja. Nampaknya gempar blog dikedai-kedai kopi semakin hangat. Pembaca tempatan pun makin bertambah. Apa yang lekuk dengar, mereka kata blog spu tak ada rasa macam kurang garam baca blog.  Betul ke ni ? hebat spu.

Tuesday, September 28, 2010

GEMPAR BLOG SPU DIGAM

Blog WZWH gempar dakwa blog suara prihatin UMNO Jerantut digam oleh pihak tertentu. Lekuk cuba masuk blog spu memang benar tak boleh lawat. Apa jadi ni?. Blog pintu masuk maya jarantut kena gam. Power wzwh! boleh gam blog lain. Lekuk dah mula kecut perut ! heh heh heh.  Blog Urag Drrulug pun ulas sama !!. Eh betul ke ni?. WZWH repot salah apa spu pada SKM ? sebab kempen moron ke? sebab siar majalah adik beradik sesusu ker?. Lepas ni blog patpatsikulipat pula gaknye kena pula.Hai bahaya ni, perang blog pun boleh sampai bunuh blog. Hui... takut lekuk pada wzwh power weh. Lekuk ni sayang juga kat blog lekuk ni kena mati. Post blog lekuk ni mahal nilainya. Lekuk puji Wan Amizan pun tak kena ? keh keh keh.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dengan ingatan yang suci murni dan tulus ikhlas saya ucapkan selamat hari raya aidilfiti semoga saudara semua gembira bersama keluarga dan didoakan agar sihat sejahtera dan dilindung Allah sepanjang masa. 

Buat yang dalam perjalanan jauh atau dekat dengan memandu kenderaan diingatkan sentiasa berhati-hati memandu bagi mengelakan semua orang susah.

Keadaan sekarang barang-barang mahal kerana kenaikan minyak sebabagai contohnya harga daging tahun lalu 18.00 sekilo tetapi pada tahun ini harganya melompat 20.00 sekilo kita ambil pendekatan berhati-hati membeli.

Maaf Zahir Batin

Saturday, September 4, 2010

WAN AMIZAN BAWA PROJEK KOMPLEKS SUKAN JERANTUT

Bandar Jerantut akan dilengkapkan dengan sebuah Kompleks Sukan bernilai Lebih lima juta ringgit dalam masa tidak lama lagi. YB. Dato' Wan Amizan telah berkerja keras untuk mendapatkan peruntukan tersebut kerana desakan golongan muda.

Dengan adanya Kompleks itu nanti Bandar Jerantut akan lebih meriah dan ramai lagi bakat-bakat baru akan muncul dalam berbagai arena sukan.

Dato' Wan Amizan sebagai ketua pemuda Jerantut akan mempastikan pembangunan itu dilaksanakan segera sekiranya peruntukan yang diluluskan oleh YAB Perdana Menteri ketika dimohon semasa beliau melawat Jerantut baru-baru ini. Walau pun permohonan itu tidak diumum tetapi YAB PM datang dengan buah tangannya untuk Jerantut.